Norich Media

Sumber informasi terkini dan alternatif

INILAH KISAH ANAK MUDA KEDAH DI AUSTRALIA SEBAGAI PEMAIN BOLA

INILAH KISAH ANAK MUDA KEDAH DI AUSTRALIA SEBAGAI PEMAIN BOLA

13419119_1712496412357433_3878701869753859418_n

Ekslusif dari GBM daripada Danial Smile:

Saya Muhammad Danial bin Ismail yang dikenali sebagai Danny di Perth, Australia. Bapa saya sangat berminat dngan bola sepak dan selalu menyokong saya dalam sukan bola sepak. Bapa saya ialah seorang pekerja di modenas manakala ibu saya pula seorang guru. Saya juga mempunyai kakak.

Pada mulanya, saya memang berminat dengan bola sepak dan saya cuba menyertai pelbagai ujibakat bola sepak seperti Mencari Ramli tetapi malangnya saya tidak terpilih. Saya masih teruskan usaha saya utk menjadi pemain bola sepak professional. Saya telah menyertai pasukan bola sepak di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim. Dari situ, jurulatih saya iaitu Encik Shahrizan yang dikenali sebagai Cikgu Jan menurunkan ilmunya kepada saya.

Pada umur 16, saya hanya di bangku simpanan sbgai pemain bola sepak skolah sebagai wing. Pada umur 17 pula, saya telah menjadi salah seorang skuad utama, dan cikgu jan telah memberi saya peluang sebagai top striker. Hampir setiap pelawanan saya telah menjaringkan gol utk pasukan. Saya juga seorang pelajar yang paling nakal di sekolah dan ramai orang menghina saya yang mengatakan bahawa saya tiada masa depan tetapi saya cuba menempuhi segala masalah.

Pada tahun 2015, saya berniat utk menyambung pelajaran saya di perth dan pergi mencari college college yg termurah di Perth, Australia. Saya dibantu oleh Pemilik Insan's Cafe, dan membawa saya pergi ke agent. Saya juga dibantu oleh Amir Faiz yang dikenali sebagai Abang Faiz yang telah berpengalaman berkerja di Perth. Beliau telah memberi semangat kepada saya dan menempuhi segala keperitan merantai di negara orang bersama beliau.

Selepas itu, saya pergi ke pejabat agent dan beliau cuba menerangkan pelbagai jurusan jurusan di perth yang termurah. Di samping itu, saya juga telah ternampak ujibakat bola sepak di Perth dan saya ingin mencubanya. Pada mulanya saya tidak tahu bahawa Perth Glory ialah pasukan yang bukan biasa biasa.

Setelah lama kemudian, saya telah mendapat email dari mereka yang menyatakan saya terpilih utk menyertai mereka. Kini saya telah bermain bersama mereka selama 3 bulan. Latihan bola sepak di Malaysia dan di Australia sangat berbeza. Saya pernah termuntah kerana latihan bola sepak di australia sangat teruk tetapi itulah satu satunya utk menambah baikan kepada diri saya. Etc Fitness, Hydro-Fit and Training. 

Kini saya dalam proses pemindahan ke senior squad ke National Premier League di Perth sebagai semi-pro football player. Nama saya sudah tersenarai di FFA (Football Federation Australia).

Apa yang saya belajar dari kehidupan saya ialah bersabar untuk mencapai kejayaan dengan menempuhi keperitan. Saya sangat selesa di Australia sebagai pemain bola sepak. Saya rasa dihargai oleh rakyat australia kerana mereka cuba mengembangkan bakat yang saya perolehi.

Sumber: GBM
1 Komen untuk "INILAH KISAH ANAK MUDA KEDAH DI AUSTRALIA SEBAGAI PEMAIN BOLA"

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner