Norich Media

Sumber informasi terkini dan alternatif

"Penunggang Motosikal Tendang 'Side Mirror' Boleh Didakwa Kerana Khianat" - Kata Polis

"Penunggang Motosikal Tendang 'Side Mirror' Boleh Didakwa Kerana Khianat" - Kata Polis


Penunggang motosikal yang mengambil tindakan undang-undang sendiri seperti merosakkan 'side mirror' kereta yang menggunakan laluan kecemasan boleh didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat, lapor New Straits Times.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Nadzri Hussain berkata, tindakan berkenaan merupakan satu kesalahan, tidak kira walaupun dengan niat mereka untuk sebagai pengajaran kepada pemandu itu dari menggunakan laluan kecemasan.

Beliau berkata demikian merujuk kepada video yang menjadi viral di laman sosial di mana penunggang motosikal menerajang patah cermin sisi kereta yang menggunakan laluan kecemasan semasa berlaku kesesakan lalu lintas.

Mohd Nadzri dalam pada itu menegaskan bahawa penunggang motosikal terbabit bukan sahaja telah melakukan kesalahan khianat, mereka sebenarnya melakukan dua kesalahan kerana turut menyalahgunakan lorong kecemasan.

"Lorong kecemasan tidak boleh digunakan walaupun motosikal," katanya.

Video berkenaan menjadi viral di laman sosial di mana rata-rata netizen menyokong tindakan berkenaan untuk 'mengajar' sesetangah pemandu supaya tidak mementingkan diri sendiri. -Siakapkeli.my
1 Komen untuk ""Penunggang Motosikal Tendang 'Side Mirror' Boleh Didakwa Kerana Khianat" - Kata Polis"

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner